Banner Kursus
Peserta Kursus Sesi 1# 2012
Penggerak Mig Laundry
Bersama Pegawai Mara Tanah Merah
Alhamdulillah, akhirnya Mig Laundry berjaya merealisasikan projek impian kami untuk 2012 iaitu mengadakan KURSUS PERNIAGAAN DOBI bagi sesi pertama untuk tahun ini.
Kursus ini dihadiri seramai 20 orang peserta dan berlangsung selama 3 hari (Jumaat-Ahad). Pada hari Jumaat kami mengadakan sesi Teori bertempat di D'Mawar Chalet Tanah Merah.Pada hari sabtu kami mengadakan kelas Praktikal bertempat di Mig Laundry Tanah Merah. Pada hari Ahad pula, merupakan majlis penutup serta penyampaian sijil bagi semua peserta yang hadir.
Insyaallah, untuk tahun akan datang program ini akan terus kami adakan bagi melahirkan usahawan-usahawan dobi yang berjaya dan berpengatahuan tentang ilmu bidang pengurusan dobi.
No comments:
Post a Comment